Telah berkata Rasulullah S.A.W kepada kita:
"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara: masa mudamu sebelum masa tuamu.."
1. Perkataan ightanim di sini biasa digunakan dalam ghanimah. Iaitu harta rampasan perang. Maka ightanim bermaksud rampas daripada lawan. Siapa lawan kita? Lawan kita ialah syaitan dan nafsu itu sendiri.
2. Dari Hadis ini juga perkara pertama yang disebut Baginda S.A.W ialah tentang masa muda. Mengapa? Kerana Rasulullah S.A.W ingin memberi perhatian kepada golongan muda. Golongan muda begitu berharga kepada Islam kerana mereka mempunyai 2 benda; (1)Tenaga dan (2)Semangat.
3. Orang muda juga dimuliakan dalam satu lagi Hadis yang masyhur iaitu "Sab'atun yuzilluhumullahu fi zillihi.." iaitu orang yang golongan mudanya dipenuhi dgn ketaatan kepada Allah.
4. Kisah Ashabul Ukhdud juga mengajar kita akan betapa hebatnya seorang ghulam (budak) yang beriman kepada Allah. Antara ulasan menarik dari Syeilh Hisham 'Abd Bari ialah bagaimana tukang sihir yang sufah tua itu meminta kepada menteri dicarikan budak yang terpandai dari kampung untuk belajar dengannya.
5. Syeikh mengulas kini Amerika & Barat juga melakukan perkara yang sama dengan menawarkan biasiswa untuk belajar secara percuma di universiti mereka. Bukan sekadar memberi Ilmu engineering, medic dan sebagainya tetapi juga menanamkan fikrah sekularisme, liberalisme dan lain lain agar apabilq mereka pulang mereka menjadi pemimpin mereka juga menjadi pemimpin yang sekular, liberal dan lain lain.
"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara: masa mudamu sebelum masa tuamu.."
No comments:
Post a Comment