3 perkara yang diharapkan dari taqwa kepada Allah S.W.T
1) Taufiq untuk melakukan amalan.
2) Dapat melakukan amalan yang sempurna.
3) Diterima amalan oleh Allah S.W.T.
Tiada siapa dapat melakukan amalan kecuali dengan taufik dari Allah, maka tiada hairan akan orang yang abid, yang alim, yang rajin beribadah kembali melakukan maksiat melainkan kerana tiadanya taufik dari Allah. Dan tiadalah ini berlaku oleh kerana ketetapan Allah semata-mata melainkan pasti kerana ada kekurangan-kekurangan tertentu pada pelakunya.
Hatta untuk menyebut semudah-mudah zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La Ilaha Illa Allah, Allahuakbar pun jika tiada taufik dari Allah pasti tidak dapat melakukannya.
Kerana melakukan amalan kebaikan, zikir itu menjadi makanan rohani, makanan kepada roh. Sesungguhnya makanan jasmani (rezeki) itu semuanya sudah ditetapkan oleh Allah akan tetapi inilah yang dicari-cari dan dirisaukan oleh kebanyakan manusia. Namun makanan rohani itu tiada ditetapkan begitu sahaja melainkan perlu kepada ikhtiar yang lebih dari seseorang itu.
Petikan kuliah Masjid Muhammadi 19 September
Sekiranya ada sebarang kesalahan maka dengan penuh pengharapan agar ditegur.
No comments:
Post a Comment